Selamat Datang / Welcome
Homestay Bagan Datoh - Bagan Datoh, Perak, MALAYSIA
Untuk keterangan lanjut sila hubungi / For Further Information please contact:
Homestay Bagan Datoh
No. 7 Gerai MPTI Pekan Selekoh, 36200 Selekoh,
Perak Darul Ridzuan, MALAYSIA
Tel./Fax.: 05-648 0757
E-mail: homestaybagandatoh@yahoo.com
Facebook: Homestays Bagan Datoh
Blog: http://homestaybagandatoh.blogspot.com
Penyelaras / Co-Ordinator
En. Mohd. Saed Hamzah HP: 019-549 9777
E-mail: saedbagandatoh@yahoo.com
KL Branch: No. 9 Jalan Bukit Badung 26/4 Section 26,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Pegawai Pemasaran di K. Lumpur / KL Marketing Officer
En. Osman Hamzah HP: 019-226 0748
E-mail: osmanhamzah@gmail.com
Homestay Bagan Datoh
Your Home Away From Home
Arrive As A Guest, Depart As A Friend
Your Dream Is Our Vision
PENGENALAN
Homestay adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami cara hidup seharian keluarga berkenaan dan kebudayaan secara langsung.
Bagan Datoh mula diterokai sekitar tahun 1900. Dikenali sebagai ‘Coconut Paradise’, Bagan Datoh merupakan pembekal kelapa yang berkualiti tinggi di Malaysia.
Homestay Bagan Datoh ditubuhkan oleh YB Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid Hamidi Ahli Parlimen Bagan Datoh dan dilancarkan secara rasmi pada 26 Januari 2006 oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Homestay Bagan Datoh merangkumi 13 buah kampung dalam daerah Hilir Perak. Terdapat 100 buah rumah / keluarga yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti penginapan, makanan, aktiviti dan lawatan kampung. Terletak di muara Sungai Perak menghala ke Laut Selat Melaka dibahagian barat negeri Perak dalam Semenanjung Malaysia.
Rasailah keseronokan melihat pemandangan indah suasana kampung semasa tinggal bersama di rumah keluarga angkat dengan layanan mesra. Anda akan dapat menyaksikan dan melakukan pelbagai aktiviti harian masyarakat kampung. Sebagai tanda kenangan anda berada di Bagan Datoh, tanamlah sepohon pokok, dimana anda mungkin akan merasai buahnya ketika berkunjung semula kesini. Pelbagai kenangan indah yang tidak mungkin anda lupakan sekiranya anda berkunjung ke Homestay Bagan Datoh.
INTRODUCTION
Homestay is a form of accomadation where the tourist can live with the chosen family and has the opportuninity to interact as well as experience the daily way of life of the family and culture directly.
Bagan Datoh was developed more than 100 years ago. Known as ‘Coconut Paradise’, Bagan Datoh is the heart of Perak’s coconut country and noted as the nation highest quality of coconuts products.
Homestay Bagan Datoh was established by YB Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid Hamidi - Bagan Datoh’s Member of Parliament and officially opened by YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak on 26 Jan. 2006. Made up of 13 villages in the districts of Hilir Perak, and located at the mouth of Perak River, facing the Straits of Malacca just off the west coast of Perak in Peninsular Malaysia. There are 100 homes / families available facilited with hospitality, food, activities and village (kampung) tour. Homestay Bagan Datoh is the biggest homestay in Malaysia.
Come, experience yourself the true rural lifestyle of a typical Malay villager in charming agricultural villages.. Stay with the locals, take part in their daily activities and explore the scenic countryside. Bagan Datoh is a beautiful traditional village surrounded by a picturesque of coconut farm with a rich and proud ethnicsheritage.
Malays, Chinese and Indians create the social fabrics of Bagan Datoh society where the traditional practice in culture is still alive, all sharing an outgoing and warm hospitality for Bagan Datoh is well known. Enjoy staying with Malay families while admiring a unique traditional Malay life style and exploring sensational interesting places.
LOKASI
Homestay Bagan Datoh terletak kira-kira 150 kilometers dari Kuala Lumpur melalui Sabak Bernam. Anda boleh sampai kesini dengan menaiki kenderaan darat sama ada kenderaan sendiri, teksi dan bas. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam sangat menyeronokkan dan boleh singgah di beberapa perhentian rehat.
LOCATION
Bagan Datoh is located about 150 kilometers from Kuala Lumpur via Sabak Bernam. The village is accessible by any means of road tranport such as taxi and buses services from Kuala Lumpur. The 3 hours journey is an enjoyable experience in local flavours, sight, sounds and there are several interesting loctions and stop along the way.
PROMOSI PAKEJ PELANCONGAN / TOUR PACKAGE PROMOTION
Pakage A - Pakej 3 hari 2 malam / 3 days 2 night
Minima 20 orang / Minimum 20 pax:
RM 250.00 seorang / per pax
Pakej termasuk / Packages inclusive of :
Sambutan ketibaan dan taklimat ringkas, 2 x penginapan, 2 x sarapan, 2 x makan tengah hari, 2 x makan malam dan 2 x lawatan kampung.
Welcome drinks and short briefing, 2 nites accommodation, 2 x breakfast, 2 x lunches, 2 x dinners and 2 x village tour.
Pakage B - Pakej 2 hari 1 malam / 2 days 1 night
Minima 20 orang/ Minimum 20 pax:
RM 200.00 seorang/per pax
Pakej termasuk / Packages inclusive of :
Sambutan ketibaan dan taklimat ringkas, 1 x penginapan, 1x sarapan, 1 x makan tengah hari, 1 x makan malam dan 1x lawatan kampung.
Welcome drinks and short briefing, 1 nites accommodation, 1 x breakfast, 1 x lunches, 1 x dinners and 1 x village tour.
Pakage C - Pakej Sehari / Day Tour
Minima 20 orang/ Minimum 20 pax :
RM 150.00 seorang / per pax
Pakej termasuk / Packages inclusive of :
Sambutan ketibaan dan taklimat ringkas, lawatan kampung dan makan tengah hari.
Welcome drinks and short briefing, village tour and lunch.
* Harga akan berubah tanpa notis / Price subject to change without prior notice
Syarat-Syarat Tempahan:
• Pakej yang ditawarkan adalah bagi pelancong berkumpulan melebihi 20 orang.
• Tempahan hendaklah dibuat dua minggu sebelum tarikh kunjungan.
• Bayaran 10% dari jumlah harga pakej yang dipilih hendaklah dibuat semasa membuat tempahan.
• Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama berikut:-
NAMA : MOHD SAED BIN HAMZAH
BANK : MAYBANK
AKAUN SEMASA NO. : 508382004614
ITINERARI DI HOMESTAY BAGAN DATOH / ITERINERY AT HOMESTAY BAGAN DATOH
Pakej 3 Hari 2 Malam / 3 Days 2 Nights Package
* Jadual Program berikut boleh di ubahsuai mengikut kehendak peserta.
Hari 01 / Day 01
1200 hrs
Ketibaan di Bagan Datoh disambut oleh keluarga angkat, jamuan ringan, taklimat ringkas dan penyerahan peserta kepada keluarga angkat
Arrival at Homestay Bagan Datoh and welcome reception by hosting families, soft drinks, orientation briefing and homestay handover
1300 hrs
Meneruskan perjalanan ke rumah keluarga angkat masing-masing, berkenalan dengan ahli keluarga angkat, makan tengah hari dan melakukan aktiviti bersama keluarga angkat
Proceed with the host and family to their respective homes. Interacting with the host and family members at home, lunch and activities with foster families
Hari 02 / Day 02
08.00 hrs
Sarapan pagi bersama keluarga angkat/ Breakfast with foster family
09.00 hrs
Melawat tempat bersejarah Betin Beras Basah / Visit historical place Betin Beras Basah
12.30 hrs
Makan Tengah hari dan aktiviti bersama keluarga angkat / Lunch and activities with foster family
15.00 hrs
Melawat Industri Kecil memproses Minyak Kelapa Dara dan produk hiliran
Visit Cottage Industries - processing Virgin Coconut Oil
Demontrasi memproses Minyak Kelapa Dara / Demontrations of processing Virgin Coconut Oil
Beriadah di Jeti Bagan Datoh / Sight-seing at Bagan Datoh Jetty
17.30 hrs
Aktiviti bersama keluarga angkat dan makan malam / Activities with foster family and dinner
21.00 hrs
Persembahan kebudayaan atau hiburan bersama keluarga angkat / Cultural performance and happy hours with respective host family
23.00 hrs
Program Berakhir - Aktiviti bersama dirumah keluarga angkat
End of Program - Activities with host family
Hari 03 / Day 03
08.00 hrs
Sarapan pagi bersama keluarga angkat / Breakfast with the foster family
Aktiviti bersama keluarga angkat / Homestay activities with foster family
09.00 hrs
Aktiviti Pilihan (atas permintaan) / Optional Activities (upon request)
12.30 hrs
Makan tengah hari dan aktiviti bersama keluarga angkat / Lunch and activities with foster family
15.30 hrs
Majlis perpisahan / Farewell Tea Reception
16.30 hrs
Program lawatan berakhir dan berangkat pulang / End of program
KEMUDAHAN DAN PRODUK YANG TERDAPAT DI SEKITAR KAWASAN BAGAN DATOH
BALAI POLIS, BANK DAN PEJABAT POS DAN KLINIK
o Balai Polis Bagan Datoh - di pekan Bagan Datoh
o Balai Polis Rungkup - di Batu 20 Bagan Pasir
o Bank Simpanan Nasional (Meps) - di Pekan Simpang Tiga
o Pejabat Pos Selekoh - di Pekan Selekoh
o Pejabat Pos Bagan Datoh - di Pekan Bagan Datoh
o Klinik Kesihatan Bagan Datoh - di Pekan Bagan Datoh
o Klinik Kesihatan Selekoh - di Sungai Batang, Selekoh
PEKAN SEHARI: mulai jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
o Setiap Hari Selasa - Pekan Simpang Tiga
o Setiap Hari Sabtu - Pekan Selekoh
o Setiap Hari Ahad - Pekan Bagan Datoh
*Jangan ketinggalan untuk menikmati sop, soto dan sate’
PASAR MALAM: mulai jam 5.00 petang hingga 9.00 malam
o Hari Rabu - Pekan Batu 20 Bagan Pasir
o Hari Khamis - Pekan Sungai Tiang
o Hari Jumaat - Pekan Simpang Tiga
o Hari Sabtu - Pekan Bagan Datoh
*Jangan ketinggalan untuk menikmati sop, soto dan sate’
GERAI / KEDAI MAKAN / KEDAI RUNCIT:
o Bermula dari jam 7.00 pagi – 1.00 pagi
o Gerai / kedai makan yang dbuka hingga 1.00 pagi – di Pekan Selekoh, Sg. Hj. Muhammad & Sg. Sumun.
o Kedai runcit yang biasa dibuka hingga jam 1.00 pagi – di Pekan Selekoh.
KEMUDAHAN UNTUK MENGADAKAN PROGRAM: MESYUARAT/SEMINAR/BENGKEL/MOTIVASI & SUKAN
(DALAM BENTUK PAKEJ)
o Dewan serbaguna berhawa dingin untuk pelbagai program - Pekan Simpang Tiga
o Dewan serbaguna tanpa penghawa dingin - Simpang 4 Rungkup
o Padang permainan pelbagaiguna untuk sukan Futsal & pelbagai - Simpang 4 Rungkup
AKTIVITI PILIHAN:
o Persembahan kumpulan Kompang Melayu Perak, Kompang Jawa dan Kompang Moden.
o Persembahan Bubu Menari.
o Persembahan Tarian Dabus dan Tarian Lenggok.
o Persembahan seni Silat Banten Betawi.
o Pakej Karoake atau Kumpulan Gitar Rancak Era 60’an (Kugiran/Live Band).
o Pakej Majlis Perkahwinan adat Melayu Tradisional.
o Pakej Cukur Jambul / naik buaian termasuk kumpulan kompang dan Dondang Siti Fatimah.
o Pakej Ibadah Korban (Kambing atau Lembu).
o Pakej kenduri kampung / kenduri rakyat.
o Pakej Sukan Rakyat.
o Pakej Barbeque - makanan laut segar.
o Menangkap ikan cara tradisional – menjaring, mengancur dan menangguk.
o Pakej Memancing ikan air tawar di parit saliran JPS (Tilapia, Pepuyu, Keli dan Haruan).
o Pakej Memancing udang galah di Jetty Bagan Datoh.
o Pakej Melihat sendiri / Demo aktiviti harian pengeluaran hasil / produk buah kelapa oleh masyarakat petani dan nelayan.
o Pakej Mesyuarat, Seminar, Bengkel, Program Motivasi, Sukan (Dewasa, Remaja atau pelajar).
*Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut
TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI:
• Jeti Bagan Datoh terletak di muara Sungai Perak sesuai untuk bersantai, melihat mata hari terbenam waktu petang, memancing ikan dan udang galah.
• Betin Beras Basah – tempat bersejarah dimana salah satu syarat pertabalan bagi setiap Sultan Perak yang baru, mesti menjejakkan kaki disini. Sila rujuk laman web Betin Beras Basah untuk maklumat lanjut.
• Perkampungan Nelayan.
i) Bagan Datoh – masyarakat Melayu dan Cina
Ii) Bagan Sungai Burung – masyarakat Cina
iii) Bagan Sungai Tiang – masyarakat Cina
• Rumah ternakan burung walet (burung layang-layang) – disekitar Bagan Datoh.
• Industri kecil:
i)Industri kecil memproses produk berasaskan kelapa seperti Minyak Kalapa Dara (Virgin Coconut Oil), kerisik, Nata de’ Coco, Coconut Jelly, ‘Minuman coconut shake’ dan sebagainya.
• Sanggul Biru Enterprise - Di Simpang Tiga
• Tuan Hj. Man - Di Kg. Sungai Ular
ii) Industri Kecil memproses makanan berasaskan kacang soya
• Jaid Industri – di Kg. Sungai Tiang Tengah
iii) Industri Kecil memproses makanan ringan berasaskan ikan iaitu keropok lekor.
• Salmah Enterprise – di Kg. Sungai Che’ Maja, Sungai Tiang
iv) Industri kecil memproses kuah laksa segera
• Puan Latifah – Kg. Sungai Hj. Mohamad
TEMPAT MENARIK BERHAMPIRAN / INTERESTING PLACES NEARBY:
Melawat menara condong, memorial perang dan perusahaan membuat kapal dan bot di kawasan Teluk Intan.
PENGINAPAN DI CHALET HOMESTAY BAGAN DATOH
Rumah Penginapan Koperasi Kampungku:
Rumah Penginapan : 2 unit rumah teres berkembar 1 tingkat.
Lokasi : Kampung Sungai Haji Mohammad.
Rumah batu setingkat berkembar dalam kawasan perkampungan.
Pengusaha tinggal dirumah berhampiran.
Mengandungi 1 bilik tidur dengan kelengkapan penginapan 1 buah katil kembar, 1 buah katil bujang dan alas tidur (toto) disediakan sekiranya melebihi dari 3 orang.
Ruang rehat luar rumah & dalam rumah, ruang tamu, ruang makan dan 1 buah bilik air.
Dilengkapi dengan penghawa dingin, peti sejuk mini dan TV.
Makan dan minum tidak di sediakan, bagaimana pun gerai / kedai makan mudah didapati (memasak tidak dibenarkan).
Masa untuk masuk (check in) dan keluar (check out) boleh dirunding.
Kedai runcit kedai/gerai makan terdapat di kawasan berhampiran.
Bayaran bolehlah dibuat semasa menerima kunci rumah dari pengusaha dan mengembalikan kunci tersebut semasa hendaklah keluar (check out).
* Harga yang ditawarkan – RM 150.00 untuk 5 orang bagi 1 malam penginapan.
Bayaran tambahan sebanyak RM 50.00 akan dikenakan sekiranya melebihi dari 5 orang penginap mengikut keselesaan.
* Harga akan berubah tanpa notis
Rumah Penginapan AL-RASIF:
Rumah Penginapan :1 unit rumah batu setingkat.
Lokasi : Kampung Sungai Tiang Baroh.
Rumah batu setingkat dalam kawasan perkampungan.
Mengadap Laut Selat Melaka pada jarak 2 km.
Pengusaha tinggal dirumah besebelahan.
Mengandungi 1 bilik tidur dengan kelengkapan penginapan 1 buah katil berkembar dan alas tidur (toto) disediakan sekiranya melebihi dari 2 orang.
Ruang rehat luar rumah dan dalam rumah, ruang tamu, ruang makan, ruang dapur dengan kelengkapan untuk memasak beserta pinggan mangkuk dan 2 buah bilik air
Di lengkapi dengan kipas angin, set TV dan peti sejuk.
Rangkaian urut tradisional kampung untuk lelaki atau perempuan.
Mempunyai halaman yang luas untuk bersantai dan memancing ikan air tawar di parit saliran dihadapan rumah.
Makan dan minum tidak di sediakan, gerai makan mudah didapati.
Pelancong akan diberi kunci setelah bayaran dibuat.
Masa untuk masuk (check in) dan keluar (check out) boleh dirunding.
Kedai runcit dan kedai/gerai makan terdapat pada jarak 1 km sahaja.
Bayaran bolehlah dibuat semasa menerima kunci rumah dari pengusaha dan mengembalikan kunci tersebut semasa hendaklah keluar (check out).
* Harga yang ditawarkan – RM 100.00 untuk 5 orang bagi 1 malam penginapan.
Bayaran tambahan sebanyak RM 50.00 akan dikenakan sekiranya melebihi dari 5 orang penginap mengikut keselesaan.
* Harga akan berubah tanpa notis
Rumah Penginapan SUKASIH:
Rumah Penginapan : 1 unit rumah kayu 2 tingkat.
Lokasi : Kampung Sungai Tiang Darat.
(Berhadapan dengan Sek. Keb. Sungai Tiang Darat)
Rumah kayu 2 tingkat dalam kawasan perkampungan.
Pengusaha tinggal dirumah berhampiran.
Mengandungi 2 Bilik tidur berhawa dingin dengan kelengkapan penginapan.
Ruang tamu, ruang rehat luar/dalam rumah dan ruang makan.
Di lengkapi dengan 1 mini karaoke, Set TV dan Perakam Video.
Garaj kereta disediakan.
Mempunyai halaman yang luas, parit saliran untuk bersantai dan memancing ikan air tawar.
Rangkaian urut tradisional kampung untuk lelaki atau perempuan.
Mempunyai halaman yang luas untuk bersantai dan memancing ikan air tawar di parit saliran dihadapan rumah.
Makan dan minum tidak di sediakan, kedai makan mudah didapati (tidak boleh memasak)
Pelancong akan diberi kunci setelah bayaran dibuat.
Masa untuk masuk (check in) dan keluar (check out) boleh dirunding.
Kedai runcit dan kedai/gerai makan terdapat dikawasan berhampiran.
Bayaran bolehlah dibuat semasa menerima kunci rumah dari pengusaha dan mengembalikan kunci tersebut semasa hendaklah keluar (check out).
Minuman ’Selamat Datang’/’Hi Tea’ disediakan.
Penginapan hanya orang Islam sahaja.
* Harga yang ditawarkan – RM 150.00 untuk 5 orang bagi 1 malam penginapan.
Bayaran tambahan sebanyak RM 50.00 akan dikenakan sekiranya melebihi dari 5 orang penginap mengikut keselesaan.
* Harga akan berubah tanpa notis
Rumah Penginapan AL-AMIN:
Rumah Penginapan : 1 unit rumah kayu 2 tingkat
Lokasi : Pekan Selekoh
Rumah kayu dua tingkat dalam kawasan perkampungan.
Mengandungi bilik tidur (tingkat atas 1 buah) dan (tingkat bawah 2 buah) dengan kelengkapan penginapan termasuk katil kelamin 2 buah, katil bujang. Alas tidur (toto) disediakan sekiranya katil tidak mencukupi.
Ruang tamu lengkap dengan 1 set ’Settee’, ruang rehat, ruang dapur lengkap dengan 1 set meja makan dan kelengkapan untuk memasak/makan.
Mempunyai halaman yang luas, parit saliran untuk bersantai dan memancing ikan air tawar.
Rangkaian urut tradisional kampung untuk lelaki atau perempuan.
Makan dan minum tidak di sediakan, kedai makan/kedai runcit mudah didapati dikawasan berhampiran (boleh memasak sendiri).
Masa untuk masuk (check in) dan keluar (check out) boleh dirunding.
Bayaran bolehlah dibuat semasa menerima kunci rumah dari pengusaha dan mengembalikan kunci tersebut semasa hendaklah keluar (check out).
* Harga yang ditawarkan – RM 150.00 untuk 5 orang bagi 1 malam penginapan.
Bayaran tambahan sebanyak RM 50.00 akan dikenakan sekiranya melebihi dari 5 orang penginap mengikut keselesaan.
* Harga akan berubah tanpa notis