LATEST PROMO BAGAN DATOH HOMESTAY



Selamat Datang / Welcome

Homestay Bagan Datoh - Bagan Datoh, Perak, MALAYSIA





Untuk keterangan lanjut sila hubungi / For Further Information please contact:

Homestay Bagan Datoh

No. 7 Gerai MPTI Pekan Selekoh, 36200 Selekoh,

Perak Darul Ridzuan, MALAYSIA

Tel./Fax.: 05-648 0757

E-mail: homestaybagandatoh@yahoo.com

Facebook: Homestays Bagan Datoh

Blog: http://homestaybagandatoh.blogspot.com



Penyelaras / Co-Ordinator

En. Mohd. Saed Hamzah HP: 019-549 9777

E-mail: saedbagandatoh@yahoo.com



KL Branch: No. 9 Jalan Bukit Badung 26/4 Section 26,

40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Pegawai Pemasaran di K. Lumpur / KL Marketing Officer

En. Osman Hamzah HP: 019-226 0748

E-mail: osmanhamzah@gmail.com



Homestay Bagan Datoh

Your Home Away From Home

Arrive As A Guest, Depart As A Friend

Your Dream Is Our Vision

PENGENALAN

Homestay adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami cara hidup seharian keluarga berkenaan dan kebudayaan secara langsung.

Bagan Datoh mula diterokai sekitar tahun 1900. Dikenali sebagai ‘Coconut Paradise’, Bagan Datoh merupakan pembekal kelapa yang berkualiti tinggi di Malaysia.

Homestay Bagan Datoh ditubuhkan oleh YB Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid Hamidi Ahli Parlimen Bagan Datoh dan dilancarkan secara rasmi pada 26 Januari 2006 oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Homestay Bagan Datoh merangkumi 13 buah kampung dalam daerah Hilir Perak. Terdapat 100 buah rumah / keluarga yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti penginapan, makanan, aktiviti dan lawatan kampung. Terletak di muara Sungai Perak menghala ke Laut Selat Melaka dibahagian barat negeri Perak dalam Semenanjung Malaysia.

Rasailah keseronokan melihat pemandangan indah suasana kampung semasa tinggal bersama di rumah keluarga angkat dengan layanan mesra. Anda akan dapat menyaksikan dan melakukan pelbagai aktiviti harian masyarakat kampung. Sebagai tanda kenangan anda berada di Bagan Datoh, tanamlah sepohon pokok, dimana anda mungkin akan merasai buahnya ketika berkunjung semula kesini. Pelbagai kenangan indah yang tidak mungkin anda lupakan sekiranya anda berkunjung ke Homestay Bagan Datoh.



INTRODUCTION

Homestay is a form of accomadation where the tourist can live with the chosen family and has the opportuninity to interact as well as experience the daily way of life of the family and culture directly.

Bagan Datoh was developed more than 100 years ago. Known as ‘Coconut Paradise’, Bagan Datoh is the heart of Perak’s coconut country and noted as the nation highest quality of coconuts products.

Homestay Bagan Datoh was established by YB Datuk Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid Hamidi - Bagan Datoh’s Member of Parliament and officially opened by YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak on 26 Jan. 2006. Made up of 13 villages in the districts of Hilir Perak, and located at the mouth of Perak River, facing the Straits of Malacca just off the west coast of Perak in Peninsular Malaysia. There are 100 homes / families available facilited with hospitality, food, activities and village (kampung) tour. Homestay Bagan Datoh is the biggest homestay in Malaysia.

Come, experience yourself the true rural lifestyle of a typical Malay villager in charming agricultural villages.. Stay with the locals, take part in their daily activities and explore the scenic countryside. Bagan Datoh is a beautiful traditional village surrounded by a picturesque of coconut farm with a rich and proud ethnicsheritage.

Malays, Chinese and Indians create the social fabrics of Bagan Datoh society where the traditional practice in culture is still alive, all sharing an outgoing and warm hospitality for Bagan Datoh is well known. Enjoy staying with Malay families while admiring a unique traditional Malay life style and exploring sensational interesting places.


LOKASI

Homestay Bagan Datoh terletak kira-kira 150 kilometers dari Kuala Lumpur melalui Sabak Bernam. Anda boleh sampai kesini dengan menaiki kenderaan darat sama ada kenderaan sendiri, teksi dan bas. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam sangat menyeronokkan dan boleh singgah di beberapa perhentian rehat.

LOCATION

Bagan Datoh is located about 150 kilometers from Kuala Lumpur via Sabak Bernam. The village is accessible by any means of road tranport such as taxi and buses services from Kuala Lumpur. The 3 hours journey is an enjoyable experience in local flavours, sight, sounds and there are several interesting loctions and stop along the way.





PROMOSI PAKEJ PELANCONGAN / TOUR PACKAGE PROMOTION



Pakage A - Pakej 3 hari 2 malam / 3 days 2 night

Minima 20 orang / Minimum 20 pax:

RM 250.00 seorang / per pax

Pakej termasuk / Packages inclusive of :

Sambutan ketibaan dan taklimat ringkas, 2 x penginapan, 2 x sarapan, 2 x makan tengah hari, 2 x makan malam dan 2 x lawatan kampung.

Welcome drinks and short briefing, 2 nites accommodation, 2 x breakfast, 2 x lunches, 2 x dinners and 2 x village tour.



Pakage B - Pakej 2 hari 1 malam / 2 days 1 night

Minima 20 orang/ Minimum 20 pax:

RM 200.00 seorang/per pax

Pakej termasuk / Packages inclusive of :

Sambutan ketibaan dan taklimat ringkas, 1 x penginapan, 1x sarapan, 1 x makan tengah hari, 1 x makan malam dan 1x lawatan kampung.

Welcome drinks and short briefing, 1 nites accommodation, 1 x breakfast, 1 x lunches, 1 x dinners and 1 x village tour.



Pakage C - Pakej Sehari / Day Tour

Minima 20 orang/ Minimum 20 pax :

RM 150.00 seorang / per pax

Pakej termasuk / Packages inclusive of :

Sambutan ketibaan dan taklimat ringkas, lawatan kampung dan makan tengah hari.

Welcome drinks and short briefing, village tour and lunch.



* Harga akan berubah tanpa notis / Price subject to change without prior notice



Syarat-Syarat Tempahan:


• Pakej yang ditawarkan adalah bagi pelancong berkumpulan melebihi 20 orang.

• Tempahan hendaklah dibuat dua minggu sebelum tarikh kunjungan.

• Bayaran 10% dari jumlah harga pakej yang dipilih hendaklah dibuat semasa membuat tempahan.

• Semua bayaran hendaklah dibuat atas nama berikut:-

NAMA : MOHD SAED BIN HAMZAH

BANK : MAYBANK

AKAUN SEMASA NO. : 508382004614



ITINERARI DI HOMESTAY BAGAN DATOH / ITERINERY AT HOMESTAY BAGAN DATOH

Pakej 3 Hari 2 Malam / 3 Days 2 Nights Package

* Jadual Program berikut boleh di ubahsuai mengikut kehendak peserta.



Hari 01 / Day 01

1200 hrs

Ketibaan di Bagan Datoh disambut oleh keluarga angkat, jamuan ringan, taklimat ringkas dan penyerahan peserta kepada keluarga angkat

Arrival at Homestay Bagan Datoh and welcome reception by hosting families, soft drinks, orientation briefing and homestay handover

1300 hrs

Meneruskan perjalanan ke rumah keluarga angkat masing-masing, berkenalan dengan ahli keluarga angkat, makan tengah hari dan melakukan aktiviti bersama keluarga angkat

Proceed with the host and family to their respective homes. Interacting with the host and family members at home, lunch and activities with foster families



Hari 02 / Day 02

08.00 hrs

Sarapan pagi bersama keluarga angkat/ Breakfast with foster family

09.00 hrs

Melawat tempat bersejarah Betin Beras Basah / Visit historical place Betin Beras Basah

12.30 hrs

Makan Tengah hari dan aktiviti bersama keluarga angkat / Lunch and activities with foster family

15.00 hrs

Melawat Industri Kecil memproses Minyak Kelapa Dara dan produk hiliran

Visit Cottage Industries - processing Virgin Coconut Oil

Demontrasi memproses Minyak Kelapa Dara / Demontrations of processing Virgin Coconut Oil

Beriadah di Jeti Bagan Datoh / Sight-seing at Bagan Datoh Jetty

17.30 hrs

Aktiviti bersama keluarga angkat dan makan malam / Activities with foster family and dinner

21.00 hrs

Persembahan kebudayaan atau hiburan bersama keluarga angkat / Cultural performance and happy hours with respective host family

23.00 hrs

Program Berakhir - Aktiviti bersama dirumah keluarga angkat

End of Program - Activities with host family


 
Hari 03 / Day 03
 
08.00 hrs

Sarapan pagi bersama keluarga angkat / Breakfast with the foster family

Aktiviti bersama keluarga angkat / Homestay activities with foster family

09.00 hrs

Aktiviti Pilihan (atas permintaan) / Optional Activities (upon request)

12.30 hrs

Makan tengah hari dan aktiviti bersama keluarga angkat / Lunch and activities with foster family

15.30 hrs

Majlis perpisahan / Farewell Tea Reception

16.30 hrs

Program lawatan berakhir dan berangkat pulang / End of program



KEMUDAHAN DAN PRODUK YANG TERDAPAT DI SEKITAR KAWASAN BAGAN DATOH



BALAI POLIS, BANK DAN PEJABAT POS DAN KLINIK

o Balai Polis Bagan Datoh - di pekan Bagan Datoh

o Balai Polis Rungkup - di Batu 20 Bagan Pasir

o Bank Simpanan Nasional (Meps) - di Pekan Simpang Tiga

o Pejabat Pos Selekoh - di Pekan Selekoh

o Pejabat Pos Bagan Datoh - di Pekan Bagan Datoh

o Klinik Kesihatan Bagan Datoh - di Pekan Bagan Datoh

o Klinik Kesihatan Selekoh - di Sungai Batang, Selekoh



PEKAN SEHARI: mulai jam 7.30 pagi hingga 12.00 tengah hari

o Setiap Hari Selasa - Pekan Simpang Tiga

o Setiap Hari Sabtu - Pekan Selekoh

o Setiap Hari Ahad - Pekan Bagan Datoh

*Jangan ketinggalan untuk menikmati sop, soto dan sate’



PASAR MALAM: mulai jam 5.00 petang hingga 9.00 malam

o Hari Rabu - Pekan Batu 20 Bagan Pasir

o Hari Khamis - Pekan Sungai Tiang

o Hari Jumaat - Pekan Simpang Tiga

o Hari Sabtu - Pekan Bagan Datoh

*Jangan ketinggalan untuk menikmati sop, soto dan sate’



GERAI / KEDAI MAKAN / KEDAI RUNCIT:

o Bermula dari jam 7.00 pagi – 1.00 pagi

o Gerai / kedai makan yang dbuka hingga 1.00 pagi – di Pekan Selekoh, Sg. Hj. Muhammad & Sg. Sumun.

o Kedai runcit yang biasa dibuka hingga jam 1.00 pagi – di Pekan Selekoh.



KEMUDAHAN UNTUK MENGADAKAN PROGRAM: MESYUARAT/SEMINAR/BENGKEL/MOTIVASI & SUKAN
(DALAM BENTUK PAKEJ)
o Dewan serbaguna berhawa dingin untuk pelbagai program - Pekan Simpang Tiga

o Dewan serbaguna tanpa penghawa dingin - Simpang 4 Rungkup

o Padang permainan pelbagaiguna untuk sukan Futsal & pelbagai - Simpang 4 Rungkup

 

AKTIVITI PILIHAN:

o Persembahan kumpulan Kompang Melayu Perak, Kompang Jawa dan Kompang Moden.

o Persembahan Bubu Menari.

o Persembahan Tarian Dabus dan Tarian Lenggok.

o Persembahan seni Silat Banten Betawi.

o Pakej Karoake atau Kumpulan Gitar Rancak Era 60’an (Kugiran/Live Band).

o Pakej Majlis Perkahwinan adat Melayu Tradisional.

o Pakej Cukur Jambul / naik buaian termasuk kumpulan kompang dan Dondang Siti Fatimah.

o Pakej Ibadah Korban (Kambing atau Lembu).

o Pakej kenduri kampung / kenduri rakyat.

o Pakej Sukan Rakyat.

o Pakej Barbeque - makanan laut segar.

o Menangkap ikan cara tradisional – menjaring, mengancur dan menangguk.

o Pakej Memancing ikan air tawar di parit saliran JPS (Tilapia, Pepuyu, Keli dan Haruan).

o Pakej Memancing udang galah di Jetty Bagan Datoh.

o Pakej Melihat sendiri / Demo aktiviti harian pengeluaran hasil / produk buah kelapa oleh masyarakat petani dan nelayan.

o Pakej Mesyuarat, Seminar, Bengkel, Program Motivasi, Sukan (Dewasa, Remaja atau pelajar).



*Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut



TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI:

• Jeti Bagan Datoh terletak di muara Sungai Perak sesuai untuk bersantai, melihat mata hari terbenam waktu petang, memancing ikan dan udang galah.

• Betin Beras Basah – tempat bersejarah dimana salah satu syarat pertabalan bagi setiap Sultan Perak yang baru, mesti menjejakkan kaki disini. Sila rujuk laman web Betin Beras Basah untuk maklumat lanjut.

• Perkampungan Nelayan.

i) Bagan Datoh – masyarakat Melayu dan Cina

Ii) Bagan Sungai Burung – masyarakat Cina

iii) Bagan Sungai Tiang – masyarakat Cina

• Rumah ternakan burung walet (burung layang-layang) – disekitar Bagan Datoh.

• Industri kecil:

i)Industri kecil memproses produk berasaskan kelapa seperti Minyak Kalapa Dara (Virgin Coconut Oil), kerisik, Nata de’ Coco, Coconut Jelly, ‘Minuman coconut shake’ dan sebagainya.

• Sanggul Biru Enterprise - Di Simpang Tiga

• Tuan Hj. Man - Di Kg. Sungai Ular

ii) Industri Kecil memproses makanan berasaskan kacang soya

• Jaid Industri – di Kg. Sungai Tiang Tengah

iii) Industri Kecil memproses makanan ringan berasaskan ikan iaitu keropok lekor.

• Salmah Enterprise – di Kg. Sungai Che’ Maja, Sungai Tiang

iv) Industri kecil memproses kuah laksa segera

• Puan Latifah – Kg. Sungai Hj. Mohamad



TEMPAT MENARIK BERHAMPIRAN / INTERESTING PLACES NEARBY:


Melawat menara condong, memorial perang dan perusahaan membuat kapal dan bot di kawasan Teluk Intan.
 


PENGINAPAN DI CHALET HOMESTAY BAGAN DATOH



Rumah Penginapan Koperasi Kampungku:

Rumah Penginapan : 2 unit rumah teres berkembar 1 tingkat.

Lokasi : Kampung Sungai Haji Mohammad.



 Rumah batu setingkat berkembar dalam kawasan perkampungan.

 Pengusaha tinggal dirumah berhampiran.

 Mengandungi 1 bilik tidur dengan kelengkapan penginapan 1 buah katil kembar, 1 buah katil bujang dan alas tidur (toto) disediakan sekiranya melebihi dari 3 orang.

 Ruang rehat luar rumah & dalam rumah, ruang tamu, ruang makan dan 1 buah bilik air.

 Dilengkapi dengan penghawa dingin, peti sejuk mini dan TV.

 Makan dan minum tidak di sediakan, bagaimana pun gerai / kedai makan mudah didapati (memasak tidak dibenarkan).

 Masa untuk masuk (check in) dan keluar (check out) boleh dirunding.

 Kedai runcit kedai/gerai makan terdapat di kawasan berhampiran.

 Bayaran bolehlah dibuat semasa menerima kunci rumah dari pengusaha dan mengembalikan kunci tersebut semasa hendaklah keluar (check out).



* Harga yang ditawarkan – RM 150.00 untuk 5 orang bagi 1 malam penginapan.

Bayaran tambahan sebanyak RM 50.00 akan dikenakan sekiranya melebihi dari 5 orang penginap mengikut keselesaan.

* Harga akan berubah tanpa notis



 
Rumah Penginapan AL-RASIF:

Rumah Penginapan :1 unit rumah batu setingkat.

Lokasi : Kampung Sungai Tiang Baroh.



 Rumah batu setingkat dalam kawasan perkampungan.

 Mengadap Laut Selat Melaka pada jarak 2 km.

 Pengusaha tinggal dirumah besebelahan.

 Mengandungi 1 bilik tidur dengan kelengkapan penginapan 1 buah katil berkembar dan alas tidur (toto) disediakan sekiranya melebihi dari 2 orang.

 Ruang rehat luar rumah dan dalam rumah, ruang tamu, ruang makan, ruang dapur dengan kelengkapan untuk memasak beserta pinggan mangkuk dan 2 buah bilik air

 Di lengkapi dengan kipas angin, set TV dan peti sejuk.

 Rangkaian urut tradisional kampung untuk lelaki atau perempuan.

 Mempunyai halaman yang luas untuk bersantai dan memancing ikan air tawar di parit saliran dihadapan rumah.

 Makan dan minum tidak di sediakan, gerai makan mudah didapati.

 Pelancong akan diberi kunci setelah bayaran dibuat.

 Masa untuk masuk (check in) dan keluar (check out) boleh dirunding.

 Kedai runcit dan kedai/gerai makan terdapat pada jarak 1 km sahaja.

 Bayaran bolehlah dibuat semasa menerima kunci rumah dari pengusaha dan mengembalikan kunci tersebut semasa hendaklah keluar (check out).



* Harga yang ditawarkan – RM 100.00 untuk 5 orang bagi 1 malam penginapan.

Bayaran tambahan sebanyak RM 50.00 akan dikenakan sekiranya melebihi dari 5 orang penginap mengikut keselesaan.

* Harga akan berubah tanpa notis




Rumah Penginapan SUKASIH:

Rumah Penginapan : 1 unit rumah kayu 2 tingkat.

Lokasi : Kampung Sungai Tiang Darat.

(Berhadapan dengan Sek. Keb. Sungai Tiang Darat)



 Rumah kayu 2 tingkat dalam kawasan perkampungan.

 Pengusaha tinggal dirumah berhampiran.

 Mengandungi 2 Bilik tidur berhawa dingin dengan kelengkapan penginapan.

 Ruang tamu, ruang rehat luar/dalam rumah dan ruang makan.

 Di lengkapi dengan 1 mini karaoke, Set TV dan Perakam Video.

 Garaj kereta disediakan.

 Mempunyai halaman yang luas, parit saliran untuk bersantai dan memancing ikan air tawar.

 Rangkaian urut tradisional kampung untuk lelaki atau perempuan.

 Mempunyai halaman yang luas untuk bersantai dan memancing ikan air tawar di parit saliran dihadapan rumah.

 Makan dan minum tidak di sediakan, kedai makan mudah didapati (tidak boleh memasak)

 Pelancong akan diberi kunci setelah bayaran dibuat.

 Masa untuk masuk (check in) dan keluar (check out) boleh dirunding.

 Kedai runcit dan kedai/gerai makan terdapat dikawasan berhampiran.

 Bayaran bolehlah dibuat semasa menerima kunci rumah dari pengusaha dan mengembalikan kunci tersebut semasa hendaklah keluar (check out).

 Minuman ’Selamat Datang’/’Hi Tea’ disediakan.

 Penginapan hanya orang Islam sahaja.



* Harga yang ditawarkan – RM 150.00 untuk 5 orang bagi 1 malam penginapan.

Bayaran tambahan sebanyak RM 50.00 akan dikenakan sekiranya melebihi dari 5 orang penginap mengikut keselesaan.


* Harga akan berubah tanpa notis





Rumah Penginapan AL-AMIN:

Rumah Penginapan : 1 unit rumah kayu 2 tingkat

Lokasi : Pekan Selekoh



 Rumah kayu dua tingkat dalam kawasan perkampungan.

 Mengandungi bilik tidur (tingkat atas 1 buah) dan (tingkat bawah 2 buah) dengan kelengkapan penginapan termasuk katil kelamin 2 buah, katil bujang. Alas tidur (toto) disediakan sekiranya katil tidak mencukupi.

 Ruang tamu lengkap dengan 1 set ’Settee’, ruang rehat, ruang dapur lengkap dengan 1 set meja makan dan kelengkapan untuk memasak/makan.

 Mempunyai halaman yang luas, parit saliran untuk bersantai dan memancing ikan air tawar.

 Rangkaian urut tradisional kampung untuk lelaki atau perempuan.

 Makan dan minum tidak di sediakan, kedai makan/kedai runcit mudah didapati dikawasan berhampiran (boleh memasak sendiri).

 Masa untuk masuk (check in) dan keluar (check out) boleh dirunding.

 Bayaran bolehlah dibuat semasa menerima kunci rumah dari pengusaha dan mengembalikan kunci tersebut semasa hendaklah keluar (check out).



* Harga yang ditawarkan – RM 150.00 untuk 5 orang bagi 1 malam penginapan.

Bayaran tambahan sebanyak RM 50.00 akan dikenakan sekiranya melebihi dari 5 orang penginap mengikut keselesaan.

* Harga akan berubah tanpa notis